Sunday 8 September 2013

Majlis Restu Ibu Bapa untuk Anak-anak UPSR

Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana telah dapat mengadakan aktiviti ini.

Terdapat beberapa aktivti yang dijalankan pada hari tersebut :
1. Solat Hajat
2. Penyerahan Restu Ibu Bapa
3. Bacaan Yassin
4. Jamuan Ringan

Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid membaca Yassin yang diketuai oleh Ustaz Affindi

Wakil bapa yang hadir mendemostrasikan penyerahan restu kepada anak-anak


Macam biasa, selepas aktiviti ada jamuan makan


Sambutan Merdeka Raya

Bertarikh 5 September 2013 bersamaan 29 Syawal 1434 Hijrah, satu majlis yang menggabungkan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 telah dilaksanakan dengan jayanya di perkarangan Sekolah Kebangsaan Tampi-Tampi, Semporna. Ramai VIP, wakil-wakil PIBG dan ibu bapa dijemput hadir pada hari tersebut bagi memeriahkan majlis ini.


Wakil dari Kem Azumi, Semporna
Wakil dari IPD Semporna
Ibu bapa turut hadir bagi memeriahkan majlis
Makanan dah terhidang, tunggu apa lagi?
Antara guru-guru yang hadir
Adik-adik memainkan alat-alat muzik tradisi Kaum Bajau
Wakil dari PPD Semporna
Murid-murid berbaris untuk mendapatkan duit raya

Ustaz Affindi sedang mengatur murid-murid untuk menerima duit raya
Murid-murid sempat mengukirkan senyuman sebelum menerima duit raya
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum menyerahkan duit raya kepada murid-murid.
 

Saturday 31 August 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka! MalaysiaKu Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu.

Seluruh warga SK Tampi-Tampi menyahut seruan kemerdekaan pada tahun ini dengan mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan. Pelbagai acara telah dianjurkan, dan sambutan terhadap semua acara sangatlah memuaskan. Yang lebih menyeronokkan, pada tahun ini, guru-guru turut mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan.Tahniah diucapkan kepada Pn. Masrina Bt. Masir selaku 'mastermind' kepada program ini.

Pertandingan menghias kereta :

1. Kerjasama guru-guru membuat persiapan.


2. Kereta Pn. Hjh. Muntiah Bt. Hj. Baggok, menjadi 'mangsa' dekorasi. Hasilnya :
 


3. Kereta-kereta berhias kumpulan-kumpulan lain :


4. Penat menghias, perut terasa lapar. Menjamu selera lah jawabnya.




5. Acara penutup, nyanyian lagu 1 Malaysia dan Tanggal 31 oleh murid-murid Tahun 2 Cemerlang.





Marilah kita sama-sama menanamkan sikap cintakan negara kita !!!

Majlis Solat Hajat anjuran PPD Semporna

Bertempat di Masjid Inabah Kamal, Semporna, satu majlis solat hajat kelolaan PPD Semporna telah dilaksanakan dengan jayanya. Selepas selesai solat, semua jemaah yang hadir dijemput ke perkarangan masjid untuk menjamu selera.


Moga-moga dengan ikhtiar kita bersama, keputusan UPSR bagi tahun 2013 ni dapat meningkat dari segi mutu dan peratusan.

Jamuan Hari Raya Kelas 6 Cemerlang

Ini pula jamuan hari raya kelas 6 Cemerlang. Enjoy!!